Kerajinan Imam Asy Syafie r.a dalam menuntut ilmu

Imam Syafie seperti yang aku post sebelum ini...
merupakan mujaddid....
hamende mujaddid itu????
mujaddid itu seperti yang Rasulullah beritahu...
bahawa Allah akan munculkan pembaharu agama(bukan bawa agama baru)...
dan merka akan muncul setiap kali seratus tahun...

Jadi cerita kali ini...
mengenai kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu...
Kerana kemiskinannya, Imam Syafie sentiasa kesusahan untuk membeli alat-alat kelengkapan belajar seperti kertas, dakwat dan sebagainya.....
Akan tetapi, berkat kerajinannya dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu, beliau dapat mencari jalan untuk mencukupkan keperluannya....
Imam syafie seringkali mencari tulang-tulang dan mengumpulkan dari jalan-jalan, digunakan untuk menulis pelajaran yang diperoleh dari gurunya. Beliau juga seringkali datang ke tempat-tempat sampah dan mengunjungi pejabat-pejabat kerajaan untuk mencari kertas yang telah dibuang dalam bakul sampah.
Imam syafie melakukan hal yang sedemikian kerana tidak mahu meminta kepada orang lain dan juga tidak merasa hina atau rendah atau kecil hati. Beliau berpendirian bahawa jalan itulah yang dapat menumbuhkan keinginannya untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga berpendapat bahawa kemiskinan dan ketekunan itulah yang menyebabkan kemenangan dalam menuntut ilmu.
Dalam hal ini, Imam Syafie pernah berkata "Tidaklah akan mendapat kemenangan dalam mencari ilmu pengetahuan, melainkan bila orang yang menuntutnya dalam kekurangan."
Banyak tulang dan potongan kertas serta tembikar yang berisi catatan- catatan penting dalam peti dan bilik beliau sehingga biliknya yang digunakan untuk berbaring melepaskan lelahnya menjadi sempit, kerana telah penuh sesak oleh catatan pelajarannya.
Beliau mencuba untuk menghafazkan semua catatan tersebut agar meresap ke dalam hati dan tersimpan di dalam otak, satu demi satu dan sekerat demi sekerat.
Demikianlah dengan tekad yang bulat, As Syafie menahan dirinya dalam bilik tidak keluar pergi ke mana-mana selama beberapa bulan untuk menghafalkan dan melancarkan catatan yang ditulisnya di tulang, tembikar dan potongan kertas tersebut.
Tulang, tembikar dan potongan kertas yang memuatkan catatan yang telah dihafalkan dengan lancar kemudian dibuang. Tanpa mengenal jerih payah serta perasaan jemu, beliau terus menerus menghafalkan catatan-catatan yang memenuhi biliknya hingga dapat menghafalnya. Setelah itu, kosonglah biliknya dari segala catatan pelajarannya.
(copy dari ILuv Islam)

Jadi versi yang aku dengar pula....
bahawa Imam Syafie ini...
sebelum beliau memutuskan untuk berguru dengan Imam Malik...
beliau mengkhatamkan Kitab Al-Muwatta' karangan Imam Malik!!!!
kemudian barulah beliau berguru dengan beliau...

jadi pengajaran yang buat aku terkesan ialah....

1. Buat pembacaan awal dulu sebelum belajar sesuatu
2. semangat yang kuat akan dorong kita untuk bekerja keras

memang beliau memberi inspirasi aku semasa menuntut ilmu...
bagaimanalah nak masukkan semangat macam imam syafie ni ye...???

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar