IBN RUSHD (Averroes) (519 – 595H / 1125 – 1198M)

Beliau ialah Abu Al Walid Mohd b. Ahmad b. Mohd b. Ahmad b. Mohd, seorang ahli falsafah, astronomi dan doktor. Beliau telah dilahirkan di Cardova, Sepanyol dan meninggal dunia di Maracas, Morocco.
Ayahnya seorang qadhi dan ahli falsafah terkenal di Cardova. Ibn Rushd telah berguru dengan Ibn Bajah di bidang, falsafah dan berguru dengan ulamak-ulamak Maliki di bidang agama. Beliau dilantik menjadi qadhi di Cordova dan Seville dan kemudianya bekerja dengan raja Yusof b. Ya’akob sebagai doktor mengantikan Ibn Bajah. Setelah mendapat pandangan dari Ibn Bajah, beliau telah mentafsirkan kitab-kitab Aristo dan mempermudahkan nya sehingga mendapat gelaran “Pentafsir Agung Aristo”. Beliau telah diangkat menjawat jawatan tinggi di Cordovadan Maracas dan melaksanakan arahan dari pemerintah kedua-dua tempat tersebut. Tapi disebabkan tekanan-tekanan , beliau beberapa kali telah dipenjarakan, kitab-kitabnya dilarang untuk dibaca dan dibakar. Umurnya ketika itu mengjangkau ke angka 65.

Ibn Rushd dan Falsafah
Beliau sangat terpengaruh dengan pemikiran Aristo. Tafsiranya terhadapnya buku-buku Aristo mempunyai bentuk ringkas, sederhana dan panjang. Sarahan beliau yang berbentuk panjang merupakan yang pertama di kalangan orang-orang Islam. Beliau juga telah digelar dengan “Filosof Akal” dan “Filosof Agung Barat Bangsa Arab”.

Buku beliau telah mendapat sanjungan yang tinggi di Eropah ketika mereka keluar dari zaman kegelapan, tetapi perkara sebaliknya berlaku di timur kerana mereka berada di zaman penghujung. Sanjungan itu diterima semenjak kurun ke 8H/14M lebih-lebih lagi di Padova, Itali dan bukunya telah diulang cetak beberapa kali di Venezia, Itali.

Diantara karya-karya beliau di bidang falsafah ialah “Tahafut Al Tahfut” iaitu satu-satunya buku beliau berbahasa Arab yang melalui buku yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin, “Paslu al Maqal fima baina al Hikmah wa al Syariah mina al Ittisal” dan “Bidayat al Mujtahid” adalah diantara kitab feqah karangan beliau.

Beliau juga menghasilkan karya-karya di dalam bidang kedoktoran seperti ensklopedia “Al Kulliyyaat” yang mana isi kandungannya antara lain mengkritik penulisan Ibn Zahr dan Ibn Sina. Ensklopedia ini telah diterjemah oleh Botakoza ke bahsa Latin di bawah nama Colliget pada tahun 653H / 1125M.

Di dalam bidang astronomi pula, beliau merupakan orang pertama menulis mengenai warna merah matahari ketika mana planet Utarid melintas di permunkaan matahari. Beliau telah melakukan pengintipan dan kajian ketika mana lintasan ini berlaku.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar